Social Icons

Pages

Thursday, 26 September 2013

Apakah perbezaan diantara hartanah rezab melayu dan hartanah bumiputra


Apa pandangan saudara Khairul Anuar – Peguam Hartanah
..............
Apakah perbezaan di antara hartanah rezab Melayu dan hartanah bumiputera?

Sesuatu hartanah yang telah dilabel sebagai hartanah rezab Melayu dan hartanah yang dikenali sebagai hartanah bumiputra adalah dua jenis hartanah yang berbeza.

Kedua-dua jenis hartanah boleh diurusniaga tetapi terdapat sekatan-sekatan terhadap transaksi tertentu untuk hartanah-hartanah ini.

Terlalu banyak bab di dalam pelbagai buku telah ditulis mengenai perkataan ‘Rezab Melayu’ dan ‘bumiputra’ tetapi apa yang cuba diutarakan di sini adalah apakah perbezaan kedua-dua jenis hartanah ini berdasarkan undang-undang hartanah yang sedang berkuatkuasa di Malaysia pada masa ini.

Hartanah rezab Melayu selalunya akan ditanda dengan perkataan REZAB MELAYU di atas hakmilik individu keluarannya. Ada yang menggelarkan hakmilik individu sebegitu sebagai Geran Merah berikutan dakwat merah yang digunakan untuk menulis ayat tersebut di atas geran pada masa dahulu.

Untuk sebarang hartanah yang dikenali sebagai unit bumiputra, jarang terdapat label di atas hakmilik individu hartanah tersebut.

Di dalam kebanyakan kes, perjanjian jual beli akan menentukan sama ada hartanah tersebut adalah unit bumiputra atau pun tidak.

Di sesetengah negeri, label ‘Lot Bumiputra’ boleh dilihat di bawah sekatan kepentingan hartanah tersebut dan di dalam kes terpencil, anda boleh nampak label LOT BUMIPUTRA di atas hakmilik individu seperti yang dibuat untuk hartanah rezab Melayu.

Terma lot bumiputra berkait rapat dengan kuota bumiputra yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa yang member kelulusan ke atas pemaju perumahan.

Di dalam sesetengah kes, kuota ditetapkan untuk keseluruhan pemajuan perumahan tersebut dan memerlukan keempunyaan bumiputra berada pada peratusan tertentu tanpa menyatakannya sama sekali di dalam perjanjian jual beli.

Inilah kenapa pada awalnya, kawalan sebarang transaksi bumiputra lot berada di dalam tangan pemaju perumahan.

(Jawapan yang lebih komprehensif terdapat didalam eBook)

Seharusnya para pembaca isikan nama dan emel untuk mengetahui dan Khairul Anuar menjawab tiga persolan yang penting di dalam pembelian hartanah.

Anda boleh pergi kepautan ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Lawyer Hartanah:
SILA KLIK DISINI

Selamat Membaca.. tapi sebelum baca mestilah kena beli :)
.............

No comments:

Post a Comment

Anda Dapat Pakej Ini Merangkumi 1 eBook, 8 Rakaman Audio & 1 sesi Webinar.

p/s – Pakej eBook LAWYER HARTANAH: 40 Lagi Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia ini bukan sahaja bakal membantu anda untuk membeli rumah, malah memberikan panduan bagaimana membeli dengan cara yang selamat. Jadi klik butang TEMPAH SEKARANG-Mulai 30Sept2013

Tanah Lot Banglo Untuk DiJual / Pakej Bina Banglo 1 Tingkat Disediakan


Tanah Lot Banglo Untuk DiJual / Pakej Bina Banglo 1 Tingkat Disediakan

Meraikan Lambaian Syawal 1436H - KAMI UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Anda berhajat memiliki pelan banglo berkualiti idaman anda?

Pelan Banglo Idaman
 

Siapa Penulis eBook Ini...

Saudara Khairul Anuar pula adalah seorang peguam, penulis, penceramah dan juga pelabur hartanah. Ini adalah buku ketiga beliau. Tarikh pelancaran adalah bermula pada 30 Sep hingga 31 Okt 2013. Ingin Kenali Beliau.?-KLIK DISINI

Apa Kandungan eBook Ini...

eBook ini adalah berkenaan undang-undang yang melibatkan hartanah. Ianya pasti akan menambah pengetahuan pembaca dalam hartanah dan seterusnya membantu anda untuk menjadi pelabur yang lebih bijak. Antaranya KLIK DISINI

Gabungan 2 Jutawan Hartanah...

Saudara Azizi Ali dan Khairul Anuar akan melancarkan Pakej eBook tentang pelaburan hartanah berjudul Lawyer Hartanah : 40 LAGI Soalan Yang Anda Patut Tanya Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah Di Malaysia. TEMPAH SEKARANG